Saturday, August 16, 2008

Akhirnya kini pasti.....

Assalamualaikum W.B.T.

Setelah sekian lama aku x menulis utk blog ni, tetiba pd pg yg hening ni, aku rasa aku nk menulis. hahaha. Buat masa ni aku agak sebuk sket. Disbbkn aku skrg sudah bekerja jd masa agak terhad. G kerja kul 7.30 blk keje kul 6. Tu pn kalo bos x tahan aku. Tp selalu aku blk dlm kul 7 lebeh ar. Blk2 umah dh penat. Mandi, berus baju sket dh x larat. Terus terbongkang pastu. Hehehe.... Ari minggu lak g jumpa mata air. Pastu ikut mak bpk aku g org kawin. Biasa ar driver berhemah. Tp ramai tul org kawin dlm bln nie. Minggu lepas je ader 4 majlis aku g. Adoi... Smpi rumah last tu minum je ar. Dh x larat nk mkn. hahaha. Sumer nk kawin sblm posa ni. Bahaya tul. Time posa nanti cmner ar kn. Kena tgu mlm je ar. Siang xleh. hahaha.

Ok kwn2 berjumpa lg kita di hari yg lain. Doakan aku berjaya dlm kerjaya aku ni. hahahaAku ngn keta aku..... hahaha poyo nk mampus. Padahal.......................

Tuesday, July 15, 2008

Bosan yg amat....

Assalamualaikum W.B.T.

Hi kwn2. Arini Pak Jat akan tunjukn satu video yg Pak Jat jumpa kt youtube. hahaha. Video ni ttg optical illusion. Masa aku surf2 youtube, aku usha ar video. Aku usha punya usha, tgk xder aper pun. Tp pas baca comment baru ar aku tau.... hahaha. Sengal gak aku ni. Korg usha ar. Ape yg korg rasa optical illusion nye???




Korg nmpk x?? Sbnrnya gambar yg 2nd tu black and white je. Tp korg nmpk kaler. hahaha. Aku rasa korg sumer mesti dh perasan nye. Aku ni yg lembab sket. hahaha. Tp yg lg satu video ni lg aku kagum. WOW. Ape aku tgk ni. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. hahaha. Korg tgk video bwh ni, korg bajet ballerina ni pusing belah kiri ke kanan?



Hahaha. Enjoy!!!

Monday, July 14, 2008

Yahudi mabuk...

Assalamualaikum W.B.T.

Brand2 di link di bwh adalah mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi. Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000.

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Benda ni aku dpt dr isuhangat ttg brand2 yg menyokong yahudi. Aku copy je. hahaha. Korg bleh tgk brand2 ni yg biasa kita pakai kt merata2 tmpt. Yg 1st brand kt dlm gmbar tu aku dh pakai dlm keta aku. Ambi Pur. Pastu maggi lak. Dh berapa byk aku tibai time kt sekolah dulu. hahaha. Tp aper bleh buat. Kalo kita bleh elakkn dr guna brand2 ni Alhamdulillah. Kalo kita dh tau ni cuba2 lah elakkan. Semoga kita dilindungi dr golongan2 yg x berguna ni....

Enjoy....

Sunday, July 13, 2008

Tiap2 ari nyanyi....

Assalamualaikum W.B.T.

Hi kembali.... Kali ni aku nk kongsi ngn korg satu lagu ni yg menarik. Agak jiwang tp setiap yg keluar dr mulut kita adalah doa kan. Mana la tau tiap2 ari nyanyi lagu ni termakbul doa aku. hahaha.

The Rock ft. Ahmad Dhani - Munajat Cinta

Malam ini, ku sendiri,
Tak ada yang, menemani,
Seperti malam-malam,
Yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
Tak ada yang, menghiasi,
Seperti cinta ini,
Yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
Kekasih yang, baik hati,
Yang mencintai aku,
Apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
Tak ada yang, memiliki,
Seperti, aku ini,
Semakin, pupus

[Chorus]

[Interlude]

[Chorus] (x2)

Huahuahua... Doa x salahkan. Time chorus dier tu yg kena nyanyi btul2 tue. hahaha.... Video klip dier pn layan gak. Ader anak ahmad dhani dlm tu. Yg bdak kecik yg cun tu. hahaha. Kalo korg rasa nk dload lagu aku bg link korg dload ar....

Nk download lagu ni klik sini



Ok enjoy......

Tora datang lagi....

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat sejahtera sumer... Ape kabar org kg? Sehat? hahaha. Aku dh lama involve dlm tulis blog2 nie sbb ketandusan idea ar beb.... Lg satu malas dtg melanda. Malas giler sampai dh 2 bln aku jd 'Penganggur Terhormat'. Punye lah malas nk cari keje. Pastu skrg ni musim durian plak, mmg ar sedap mkn durian nie. Tp pg2 kena bgn ar g cari durian kt dusun nenek aku nie... Tp gua orait beb, drpd org lain curi durian tu kan. Baik aku mkn. Sejak2 musim durian nie byk lak aku jumpa kulit durian tanda2 ader org mkn dlm dusun tue. Cilanat tul.


Gmbr ini xde kena mengena

Pstu g lak kebun pisang ngn nangka parent aku lak. Mlm2 plak kena buat pendebungaan kt pokok2 naga lak. Uish aku ni cm nk jd petani je nampk gaya nya. Adakah aku ni bakal jd seorg petani moden... hahaha. Katakan x nak. Aku kena cari keje gak nie. Kalo x sia2 ar degree aku tu. Tp kalo itu ar rezeki aku nk wat cmner ye tak.... Redha je ar.

Enjoy durian!!!

Thursday, June 26, 2008

TRIP TO BANDUNG....

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Aku nk citer sket ar pasal trip aku g bandung ngn bdak2... hahaha. byk citer berlaku kt saner. tp bak kata bulu, ader benda bleh citer n ader benda xleh citer. hahaha... Aku malas ar nk citer, byk sgt citer. Aku tunjuk gambar2 kt sana je... enjoy!!!

sblm bertolak....

Time dlm flight.... (dr kiri: bulu, bagong, wok)>>>>MIC

Time turun dr flight.... kagum siot btul2 jd trip ni. hahaha

Turun flight g check in terus g mkn nasi padang. Lapar giler. Time ni lauk byk lg ar. Pasni...

Licin lauk sumer.... 8 org mkn ratus2 ribu abis.... hahaha

Pastu aper lg... shopping ar. hahaha. target utama ke bandung. shopping!!!

Ahli2 rombongan kt kampung daun.... tempat mkn yg style.

Pastu mlm2 sket aktiviti yg dilakukan setiap mlm di bandung.... Karaoke. hahaha. karaoke dier mmg best banget. stylo wa ckp lu. bleh tgk wayang dlm tue.

Kt depan pasar baru... sesak giler kt sana.

Kt de'palm.... tempat mkn yg agak style. tp xleh lwn kg daun ar.

Time X jd blk... kena prank ar. hahaha. Skali x jd blk da. mmg bandung ni x kasi kitorg balik ar. hahaha

Shopping balik selepas kena 'Prank'... Walaupun duit dh kering tp shopping tetap shopping. hahaha

Mlm tu dh x leh nk mkn style2 dah. Mkn kt kedai biasa je. Tp isap shisha kt situ. hahaha. zap pn dh mamai je. hahaha tp karaoke ttp gak ader mlm tu.

Nie baru ar btul2 nak balik malaysia.... Selamat sampai sumer.

Alhamdulillah. Sumer selamat. Trip ni success. hahaha. Bandung mmg best. Mesti kena g lagi ni. Kalo g ngn member2 mmg best siot. Shopping mcm cilanat sumer. Ngalahkan pompuan sekor2. hahaha. Ok ar korg kalo nk g bandung ajak aku tau. hahaha.

Cheers...

Wednesday, June 4, 2008

Tidak...!!! Part 2

Tarif baru elektrik 1 Julai

PUTRAJAYA: Satu struktur baru tarif elektrik untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt jam (kWj) sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang dari RM43.60."Ini bermakna 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama,” kata beliau pada sidang media di sini.Pengguna domestik dan industri akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus melalui struktur baru tarif itu, kata beliau.Bagaimanapun, bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengusaha industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi dari 200 kWj setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus, katanya."Sektor komersil dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan dalam operasinya manakala pengguna isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelakkan dari pembaziran,” katanya.Abdullah berkata pelaksanaan struktur tarif baru itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi di mana usaha itu akan menuju ke arah pasaran sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran serta mengalakkan rakyat Malaysia menjimatkan sumber tenaga.

From Metro

Adoi... Kena berjimat ar camni. Kalo panas xleh ar bukak aircond. Pakai kipas tangan je ar. hahaha... Tapi harga barang mesti naik lagi nie... =(

Tidak...!!!!

Harga baru petrol RM2.70, diesel RM2.58

PUTRAJAYA: Mulai tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.Bercakap sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal ."Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.
"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.
Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

From Metro

Camner ni beb... baru ingat nak enjoy... abis ar duit cmnie. Naik tren je ar pasni... Kalo tren pn naik harga susah ar... Bas ngn teksi konpem naik harga nyer... Diesel sampai seringgit naik... Kalo diesel naik mesti harga barang pun naik. Camner nie. Keje pn x dapat lagi nie. =(

Friday, May 30, 2008

kata orang2 dulu

korang mesti biasa dengar kan, kata2 org tua. maksud aku bukan kalimah atau perkataan yang keluar dari mulut orang tua (mak bapak) korang, tapi macam kata2 orang dulu-dulu. contohnya: jangan duduk atas bantal, nanti bontot bisul. takpon, jangan menjahit waktu senja, nanti rezeki mahal.

banyak lagi sebenarnya kata-kata orang tua ni. ade yang boleh dipakai, contohnya jangan potong kuku malam-malam, nanti pendek umur. okay, pendek umur tu mungkin boleh didebatkan la, tapi sebenarnya untuk mengelakkan dari terpotong atau terkerat jari. ade yang boleh dipakai dalam sesetengah kes, contohnya perempuan tak elok nyanyi sambil memasak, nanti dapat suami orang tua, yang ni boleh diterima pakai dalam kes sorang penyanyi top negara kita tu. hahaha. dan ade jugak yang dah tak valid langsung alasannya.

kata-kata orang tua ni memang ade sebabnya. aku amik contoh jangan potong kuku malam-malam, alasannye nak elakkan dari terpotong daging. tak pon jangan silang kaki, nanti mak ayah mati. mungkin bagi orang dulu2 perbuatan berbaring meniarap sambil bersilang kaki adalah tak sopan.

banyak lagi teori atau pon dongeng sebegini. tapi korang mesti tak pernah dengar yang satu ni. antara yang agak menarik aku pernah dengar. tak tau ni dari orang dulu2 atau pon rekaan orang sekarang ni. bendanye berbunyi begini:

kalau sorang laki atau perempuan tu hensem atau lawa, kahwin dengan orang yang tak lawa atau hensem, nescaya anak yang akan dihasilkan akan menjadi hensem atau lawa.

kalo sorang laki atau perempuan tu hensem atau lawa, kahwin plak dengan orang yang hensem atau lawa, nescaya anak yang akan dihasilkan akan menjadi tak hensem atau huduh.

kalo kedua-dua laki dan perempuan tu huduh kahwin, nescaya anak yang akan dilahirkan akan menjadi sangat hensem atau lawa.

hahaha, pelikkan?

so aku bincang benda ni dengan member2 aku. aku tanya mana satu diorang, nak bini lawa ke nak bini huduh. majoriti yg akan cakap (kerana merasakan diri diorang cukup hensem),

si A: kalo camni teorinya, nanti terpaksa aa aku carik bini tak lawa.nanti orang tanya anak sapa yang hensem atau lawa tu, bangga aku. kira orang akan kata la, bapak dia dari baka yang baik.

golongan B pula, yang dah ade awek, dah lama in love, kononnya tinggal nak kawin je la.

si B: betul la tu, aku hensem,pastu aku rasa awek aku kurang lawa, nanti anak aku mesti lawa. hmm..bangga aku

(sambil menunjukkan kedua2 ibu jari, two thumbs up)

pastu diorang tanya aku plak aku nak yang mana. aku, sbb merasakan diri aku ni bleh tahan la hensem serta comelnye dan bekarisma serta merasakan dengan penuh yakin akan dapat tekel awek yang lawa, pon berkata..

aku: kalo aku la, aku kawin je la dengan pompuan yang lawa. sbb aku rasa aku hensem. susah ape, yang buruknya nanti tu anak aku, biar aa dia buruk, kalo dia kawin nnt, dapat aa aku cucu lawa@hensem

hahahahahhahahaha.....

Wednesday, May 28, 2008

Pening...!!!

Assalamualaikum W.B.T

Pening?? Apa punca pening? Kalo korg nk tau pening nie ader mcm2 punca. Tapi korg tau ke pening ni cmner? Cmner nk terang kn kt org lain yg korg ni pening? Korg akan cakap sakit kepala ar, pusing2 ar n mcm2 lg. Tapi adakah sakit kepala tu sama ngn pening? Haaa pening kn?
Ni adalah antara punca2 pening yg aku kaji bila aku pening:
  1. Byk berfikir
  2. Demam
  3. Selsema
  4. Naik keta goyang2
  5. Hisap rokok laju2
  6. Mesin rumput tgh panas
  7. Kena bebel
  8. Kurang/lebeh tido
  9. Xtau nk tulis ape kt blog... hahaha
Aku pn skrg tgh pening skrg ni. Sbb aku cam dh hilang arah tujuan pas abis ni. Mintak keje kt jobstreet asik2 in process je. Bile nk panggil interview tah. Aku serabut giler skrg... hahaha

Cheers...

Tuesday, May 20, 2008

Malaysian Artistes For Unity

Assalamualaikum W.B.T

Hi All,
This is a video from Malaysian Artistes for unity. This song title is "Here In My Home". I love this song. Malaysian Artistes unite together and make this anti-racism song and music video. U can download the song and music video for free. Just click the banner under the youtube video. Thanks.

Cheers!!!



free download

Cost of smoking cigarettes

Assalamualaikum W.B.T

Wanna know how much it cost if u smoking cigarettes?

Try this:
http://www.healthstatus.com/calculate/smc

If u want to stop smoking try this. It will give u the estimation how much u will save if u stop smoking. This website also give u some tips to stop smoking. I wish i could stop smoking... hahaha. I found this website in infosihat.

Katakan Tak Nak!!!

Saturday, May 17, 2008

tabik kepada Pak Nor(bukan Pak Jat) kita ni..

korang mesti dah baca berita semalam ni dalam surat khabar utama yg ade dekat Malaysia tu. dekat the star, berita harian ngan utusan malaysia, ade je siarkan citer ni.

Mohamed Nor Awang, lelaki berumur 57 tahun dari Kampung Tok Fakir, Merchang di Marang ni nak mintak izin mahkamah syariah untuk kahwin lagi dengan seorang kerani berusia 34 tahun, seklaigus mencukupkan kuota 4 nye. yg bestnye, permohonan pak cik ni disokong kuat oleh ketiga2 bini dia yang lain....pergh2

hakim mahkamah syariah tu pon siap kata lagi, “Saya pelik dengan kes ini kerana sepanjang saya menjadi hakim, ini kes pertama ketiga-tiga isteri benarkan suami berkahwin lain malah mereka menyokong kuat hasrat itu,” katanya

korang mesti tanya, ape nak heran? ramai je yg kawin smpi 4
btol tu..

tp yg aku nk tabik ni, bkn sebab dia nak kahwin satu lg, tp sebab berita ni turut mendapat liputan di media antarabangsa lain. contohnye aku jumpe satu artikel arini dari surat khabar tabloid nombor satu negara Jerman, Das Bild.

translation dia lebeh kurang..

Malaysian(3 wives, 18 children) wants a fourth wife.

Kuala Lumpur - He has already 3 wives and 18 children. Yet he hasn't have enough. Mohamed Nor Awang, 51 had sought permission from the Islamic Court in Malaysia to marry a fourth wife - with the approval and full support of his three other wives. He must however prove to the judge through his bank account that he was financially able to support a fourth wife.




sampai sini beb coverage dia, bangga aku jadi rakyat Malaysia...hahaha!!!

Panggilan Santet!!!

Assalamualaikum W.B.T.

Smlm aku terima satu sms yg tertulis spt berikut...

"As'kum kpd kwn2 yg dikasihi. Jika anda mendpt pnggilan telefon yg bernombor +62852731520946 dan nombor itu warna merah, diharap jgn dijawab panggilan itu. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MEMBUAT PENGUJIAN ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YG MENJAWAB PNGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU. DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MLM TADI 2 ORG MATI. INI BNR2 TERJADI. Tlg sbrkn msj ini"

Pastu kuar lak kt website Metro 16th May... yg bertulis...

Panggilan santau karut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh

am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.
Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.
Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.
Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari. Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa. Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.
Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia. Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya. Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.
Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari. Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.
Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam. Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit. “Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.
Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu. Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam. “Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal. “Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.

Link Metro tuk article ni....

Selepas baca kedua-dua ni apa pendapat korg? Aku pn xtau. Mcm2 org skrg buat nk dpt perhatian. Cam kes org menyamar jd penculik arwah Nurin dulu. Bdak2 lg tue. Apa motif dier nk buat cmtu? Skdr dpt publisiti murahan. Maybe diorg ni blm matang lg pemikiran. Tp sbb diorg kucar kacir jd nye. hahaha... Tp manalah tau benda santet ni btul ke. Korg just hati2 ar bile nk angkat phone tu.

Cheers....

Pak Jat yg Macho...

Assalamualaikum W.B.T

On the 15th of May 2008, 2 great things happened to me... 1st, I'm officially finished my final exam. 2nd, I'm officially an uncle now... hooray... Abang sulung aku dh dapat baby girl. Ilya Hanis nama baby girl tu... Alhamdulillah. The sad thing was on that day, aku xleh jwb exam question. Exam control and instrumentation mmg teruk. Harap2 ar lecturer bg markah effort aku jawab soalan yg tah ape2. Yg ditanya aku xtau, aku tulis je ape yg aku tau pasal bab tu. hahaha.

Ni gambar baby, Ilya Hanis...Comel x? Mcm pak cik dier gak ar comel. hahaha....

Another sad thing that is going to happen
  1. Pasni dh kena berpisah ngn kawan2 satu uni ngn aku sbb dh abis dh.
  2. Kena kuar dr rumah sewa uncle jeff yg byk kenangan ni.
  3. Dh x dpt nk lepak2 dlm bilik air cond sambil tgk citer, isap rokok ngn gelak2.
  4. Pasni dh susah nk mkn kt kedai kucing.
  5. Perkara paling utama, pasni aku dh kene start cari keje... dh xder dh elaun MARA tiap2 bulan. Tidak!!!! Aku kena cari duit sendiri dh. Arghh... Sape2 ader kabel yg nk gunakn mekanikal engineer yg grade x berapa nk bagus tp bab keje mmg superb sila lah email aku. haha...
Lastly to all my friends at UNIM thanks for the memories.... Thanks for helping me get through this degree, especially to Cikgu Karami. Cikgu sambilan tiap2 kali exam. Byk giler tolong aku dlm studi. X terbalas budi. Budi yg baik dikenang jua... Kepada Pali, Ayam, Afik, Wan ngn Paiz member serumah aku thank u for being a good housemate. Eh ader lagi satu John, yg dh mcm housemate aku gak. hahaha... Kepada ex-housemate Abbad ngn Don sbb korg kuar ar duit umah jd mahal 20 ringgit. hahaha.... tp aku x kesah beb. janji enjoy. Kepada bdak2 rumah lg satu, Karami, Rizal, Afun, Izhar, Suji ngn Pjay thank u sbb bg aku guna internet umah korg lepak tgk astro ngn studi kt umah korg. Kepada nama2 yg aku x sebut, jgn amik hati ok. Aku ni kn pelupa. Aku kt sini nk mintak maap byk2 kalo2 aku ader buat salah kt korg sumer. Termakan terminum air 100+ dlm peti ais ke, hahaha, terhutang pastu lupa nk byr ke aku mintak halal dunia akhirat. Aku pn memaafkn korg dn menghalalkn kalo2 ar korg ader buat salah kt aku. Ceh cam ucapan hari raya lak ni.....

Enjoy!!! Hip Hip Hooray!!!

Monday, May 12, 2008

Zaman dulu...

Assalamualaikum W.B.T.

Dah lama aku x post benda baru. Afun pn dh bising. Asik2 bkk aku nye blog pasal Fabregas je. hahaha. Aku sbnrnya masih dlm exam mood. Last paper thursday 15hb nie. Wish me a good grade for this last paper....

Time aku blk umah aritu, aku kemas ar laci ajaib aku. Kemas nye kemas aku jumpa satu album gambar. Gambar time skolah2 dulu. hahaha... kelakar gile aku tgk aku dulu.... Gambar kwn2 aku. Teringat zaman2 rock dulu. Rock ke?? hahaha....

Korg tgk ar sendiri...
For Kusessian9903, masihkah kau ingat....

Gambar kelas time form 1.
Hahaha... Gambar pn dh cam zmn purba nye gmbr. Mana lah cikgu aku ni skrg...?? Miss Pan.
Kelas bahasa German yg bengong. Bljr 4 thn tp fail. hahaha. Member2 kelas aku ape citer ar skrg...

Ni gmbar time kelas form 5.
Kelakar gile rambut aku time tu. X cool lgsung. hahaha. Skrg cool ke? hahaha.

Ni plak gmbar kadet bomba.Serius giler... hahaha

Ni gambar kt bilik study... aku ngn kwn2.
Comel gler zap. hahaha. Fit serius giler.....


Hahaha enjoy giler life.... kalo korg nk tau bado mana satu, bado yg kt tgh tu... blkg dier tu adik dier pisol... hahaha.

Nie gambar time mlm seribu kenangan.... tp xder pn gmbar aku. asik2 gmbar aku je. hahaha


Munk bersama kakaknya gaco.... hahaha yg baju ungu tu kalong. hahaha...

Gambar arwah Hazrin bin Jasin, semoga roh nya dicucuri rahmat. Al-Fatihah....

Ni plak trip to pangkor bersama victor, raf@apang n halim....
Merenung masa depan... kalo kantoi time tu cmner ar. hahahaha....

Macho giler victor... Rock on!!!

Wah byk giler aku taruk gambar. Byk lg gambar2 menarik yg aku nk taruk. Tapi cm biasa ar malas. hahaha... Utk member2 aku kt sekolah dulu.... Thanks for the memories. It was fun. And some is sad... Forget the sad, remember the fun we had.... Enjoy the moment....

Cheers....

Sunday, May 4, 2008

"Fabulous" Fabregas

Assalamualaikum W.B.T.

Ok, ari ni aku nk cerita serba sedikit tentang favorite player aku utk season ni. Sapa lg kalo bkn Francesc Fabregas. Kalo korg nk tau tepat pada tarikh aku tulis post ni adalah birthday dier yg ke-21. So, Happy 21st Birthday Fabregas. hahaha. Ni adalah serba sedikit ttg empunya diri. Korg enjoy....




Cesc Fabregas Factfile

Name Francesc "Cesc" Fàbregas Soler
Born May 04, 1987

Vilessoc de Mar

Casal de Curacion

Spain
Position Midfielder
Squad Number 4
Previous Club(s) Barcelona
Joined Arsenal September 11, 2003
Arsenal Debut Rotherham United (h)

Carling Cup 3rd Round

October 28, 2003,

Drew 1-1. Won on pens
*source from Arsenal.com



Francesc "Cesc" Fàbregas Soler (pronounced [ˈsɛsk ˈfaβɾəɣəs suˈɫeʁ̞]) started his career as a trainee with FC Barcelona but was signed by Arsenal in September 2003. He did not feature much in his first season for The Gunners, but following injuries to key midfielders in the 2004–05 season, his playing time increased. Before long, he established himself as Arsenal's starting central midfielder and playmaker. He went on to break several of the club's records as he began to earn a reputation of a technically-gifted player, excellent passer of the ball and key component of the Arsenal lineup. Some facts,

  • Was UEFA Team of The Year in 2006.
  • Arsenal's youngest ever goalscorer in a league game.
  • Won Bravo Trophy (under-21 equivalent of Ballon d'Or): 2006
  • Won PFA Young Player of The Year for 2007-2008.
  • PFA Team of The Year 2007-2008.


There are many facts that i dont mentioned it here bcoz i was lazy. hahaha. Maybe next time i will update this post with more fun facts about Cesc. Why i call him Cesc, because he like people to call him Cesc. Wait for more.... Tunggu.... Keta ape dier pakai pun aku tau. hahaha


Memori Cinta Luka semasa Henry masih ada.

Cheers.

Saturday, May 3, 2008

Perodua Baru



Perodua Nautica akan dilancarkan bulan depan oleh Perodua. Model ini adalah kembara replacement model yang mengadaptasikan model Daihatsu Terios dengan sedikit pengubahsuaian untuk menampakkan ciri dan identiti perodua. Rekaannya juga tidak jauh beza dari Toyota Rush yang baru dilancarkan baru-baru ini di pasaran Malaysia.

Perkataan nautika diilhamkan kerana ia berkait dengan pemanduan arah.

perodua-nautica-malaysia
Perodua Nautica 4WD ialah kenderaan utiliti sport (SUV) kompak urban didatangkan dengan tagline “The Ideal 4WD”, dipacu transmisi automatik dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

Ketika ini, model pacuan empat roda Perodua ialah Kembara yang menggunakan transmisi automatik dan manual dengan enjin 1.3 liter.

perodua nautica

Tempahan Perodua Nautica 4WD boleh dibuat mulai 10 Mei 2008 ini di semua ruang pameran Perodua.

Enjin Nautika adalah jenis 1.5 liter DVVT?(seperti enjin 3SZ-VE yang digunakan Avanza and Rush)

Boleh didapati dalam 2 warna sahaja iaitu Medallion Grey atau Majestic Black.

Ura-ura mengatakan harga kenderaan SUV terbaru Perodua ini dalam lingkungan RM90,000. Namun masih tidak dapat dipastikan kebenarannya. Jika benar, mungkin harga itu terlalu mahal dan pengguna pasti lebih tertarik dengan Toyota Rush ataupun Avanza.

Laman web introduction dan countdown khas untuk Perodua Nautika adalah:

http://www.theideal4wd.com.my/

new-perodua-suv-nautica
aku dpt benda ni dr kereta.info

Friday, May 2, 2008

Funny video

Video ni aku rasa kelakar ar... mamat ni buat video sbb dier bosan. so sesuai ar ngn blog aku ni. aku dh bosan. hahaha.lg satu lagu ni aku suka. enjoy....


Bohemian Rhapsody

Lelaki yg mengandung.....!!!

Assalamualaikum W.B.T.

Biar betul laki bleh mengandung? tapi benda ni dh berlaku. dh byk dh sbnrnya. tp x dihebahkn je. takut sumer org freak out. jd huru hara dunia. tapi kalo korg lelaki, xkn korg nk ngaku korg dh mengandung. malu beb... pompuan je bleh ngandung. korg tgk pic kt bwh ni.... korg nilai sendiri... nilai tu kg aku tu... hahaha
----------
--------
------
----
--
-
--
----
------
--------
---------
-------
------
----
--



huahuahua.... kpd sape yg terasa, aku mintak maap. hahaha. tp benda ni style masa kini. dh ramai dh org cmni. hahaha....



Kita Enjoy...!!!